ST12 BERPECAH
POSTED ON: Sunday 16 October 2011 @ 06:28 | 0 comments
Mengaku sahaja wahai jejaka jejaka penepuk sebelah tangan, anda mesti pernah tujukan lagu ST12 berjudul Puspa kepada gadis idaman sedikit masa lalu. Yeah!
Perkhabaran terbaru dari ST12 agak tidak menarik buat peminat mereka & juga lagu lagu mereka. Sejak minggu lalu, khabar angin mengatakan ST12 akan berpecah sudah mula kedengaran.
Semalam, KapanLagi melaporkan yang dua daripada tiga anggota kumpulan ST12 mengumumkan mereka menarik diri dari terus meneruskan perjuangan muzik dalam kumpulan tersebut.
Pepeng & Pepep mengumumkan pengunduran mereka bukan bersifat peribadi namun lebih kepada perbezaan misi yang mereka ingin bawa bersama ST12 yang turut di’anggotai oleh Charly.
Awal angin bertiup, punca perpisahan mereka berdua dari kumpulan ST12 adalah kerana Charly yang terlalu sibuk dengan tugas bersama pemuzik lain namun Pepeng & Pepep tegas menafikan perkara itu.
“Bukan. Ini semua kerana kita sudah tidak mempunyai misi yang sama. Ini semua adalah professional. Hanya kerana kerja”
AQ PALING SUKA LAGU ST 12 NY
my sweet suka lagu ny
my special cousin suka lagu ny
pelik tpi benar dalam arena lompat jauh
POSTED ON: Tuesday 11 October 2011 @ 06:02 | 0 comments
Datuk ahmad jais meninggal dunia
POSTED ON: @ 05:45 | 0 comments
Penyanyi popular era 60-an, Datuk Mohd. Jais Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, meninggal dunia di hospital pakar DEMC di sini pagi ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di hadapan dua daripada lima orang anaknya.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebentar tadi.
Jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Islam Seksyen 21 selepas waktu zuhur.
Menurut anak keempat Allahyarham, Maimunah, 31, ayahnya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 15 hari.
"Ayah meninggal kerana kompilasi paru-paru," katanya. - Utusan
AL-FATIHAH DAN MAKSUDNYA
POSTED ON: Wednesday 5 October 2011 @ 07:10 | 0 comments
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ﴿١﴾(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العٰلَمينَ ﴿٢﴾(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ﴿٣﴾(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.مٰلِكِ يَومِ الدّينِ ﴿٤﴾(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ ﴿٥﴾(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ ﴿٦﴾(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ﴿٧﴾(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.DR MAHATHIR with BBC reporter
POSTED ON: Tuesday 4 October 2011 @ 09:28 | 0 comments
sumpah bodoh gila orang yang soal DR M..first time ke?menunjukkan kebodohan western country
u are the best ever leader DR M!
JADUAL SPM UNTUK PELAJAR ALIRAN AKAUN
POSTED ON: Sunday 2 October 2011 @ 23:02 | 0 comments
8.OO-10.15
BM 1
11.00-12.15
psv 1
2.00-4.30
BM 2
- SELASA
8.00-9.45
BI 1
10.30-12.45
BI 2
- RABU
8.00-9.00
SEJARAH 1
10.00-12.30
SEJARAH 2
- KHAMIS
8.00-9.15
MATH 1
10.00-12.3O
MATH 2
- ISNIN(21 NOVEMBER 2011)
8.00-10.00
AGAMA ISLAM 1
11.15-12.55
AGAMA ISLAM 2
- SELASA -CUTI
- KHAMIS
8.00-9.15
science 1
10.00-12.30
science 2
- ISNIN(28 NOVEMBER 2011)
CUTI
- khamis(1disember)
8.00-9.15
perdagangan 1
10.00-12.00
perdagangan 2
2.00-5.00
psv 2
- isnin(5disember)
11.15-12.30
Prinsip akaun 1
2.00-4.30
prinsip akaun 2
- selasa
11.15-12.30
Ekonomi Asas 1
2.00-4.00
ekonomi Asas 2
way to get the sweet of faith/cara mendapat kemanisan iman
POSTED ON: @ 00:34 | 0 comments
tips mendapatkan kemanisan Iman.....1) Cinta yang murni khusus hanya untuk Allah swt dan RasulNya saw.
2) Persaudaraan yg benar kepada jamaah kaum muslimin.
3) Kebencian terhadap sumber-sumber kekufuran dengan segala macamnya dan menjauhi mereka yg sesat.
(1)
Cinta yang tulus hanya untuk Allah swt dan RasulNya
Setiap muslim mesti bertanya dirinya sendiri kenapa cinta dan kesetiaan diserahkan hanya untuk Allah ta'ala dan RasulNya saw?
Hal ini disebabkan faktor-faktor berikut:
Kerana Allah swt satu-satunya sang pencipta bagi seluruh alam ini; termasuk manusia dan jin.
Kerana Allah swt telah menganugerahkan ke atas seluruh makhlukNya nikmat sama ada yang zahir maupun batin.
Kerana Dia-lah Allah swt yang menundukkan seluruh makhlukNya untuk kemaslahatan manusia.
Kerana Dia-lah Allah swt yang telah menetapkan hukum dan manhaj sesuai dengan kudrat manusia.
Kerana Dia-lah Allah swt yang menjawab permohonan orang yang mengalami kesempitan sehingga terhindar ia dari mara bahaya dan keburukan dari manusia.
Kerana seluruh makhluk memerlukan Allah swt dan Dia-lah satu-satunya tempat pergantungan dalam semua keadaan.
Sila rujuk......
*Surah Ibrahim ayat:32-34 dan Surah an-Naml ayat:59-64
Nabi Muhammad saw merupakan orang yang paling berhak mendapatkan cinta dan kesetiaan kerana baginda adalah manusia yang sempurna yang terpelihara dari kesalahan dan suci dari perbuatan dosa.
Ketaatan kepada Rasulullah saw merupakan ketaatan kepada Allah swt.
Kerana Sunnah Rasulullah saw menduduki tingkatan kedua dalam dasar hukum Islam selepas al-Quran.
Kerana Rasulullah saw adalah 'qudwah hasanah' bagi orang-orang beriman.
Kerana baginda saw telah melaksanakan amanah risalah dengan sempurna, memberi nasihat untuk seluruh ummah, telah berjihad di jalan Allah swt dengan jihad yang benar.... sehingga Islam tegak di Jazirah Arab sebagai Daulah Islam...
Baginda saw berhak mendapatkan cinta dan kesetiaan kerana baginda adalah penerang yang memberi cahaya kepada seluruh alam semesta dengan izin Allah swt, baginda adalah pencetus kasih sayang Allah yang memberikan petunjuk kepada manusia... Maha Benar firman Allah swt yang telah disampaikan dalam salah satu ayatNya:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah swt dan hari akhirat dan dia banyak mengingati Allah swt (berzikir)." (Surah al-Ahzab ayat: 21)
** Surah al-Ahzab ayat: 45-46, Surah al-Anbiya' ayat: 107, Surah al-Qalam ayat: 4, Surah Ali Imran ayat: 31 dan Surah an-Nisa' ayat: 65
Cukuplah itu semua menjadikan Rasulullah saw sebagai manusia termulia, terhormat dan terunggul, sentiasa berada dalam kebaikan.... Sesungguhnya Allah swt telah mengangkat darjat baginda saw di alam semesta. Allah swt menjadikan Rasulullah saw sebagai pemimpin seluruh generasi manusia dan baginda saw telah dimuliakan Allah swt di atas seluruh manusia....
Semoga kasih sayang Allah swt terlimpah kepada Al-Bushiri ketika beliau berkata:
Sesungguhnya kemuliaan Rasulullah saw tidak terbatas,
Tidak ada orang yang mampu menggambarkan kemuliaannya,
Puncak ilmu manusia hanya mengatakan baginda saw adalah manusia biasa,
Sesungguhnya Rasulullah saw adalah sebaik-baik makhluk yang Allah swt ciptakan...
Apabila kita perhatikan setiap lembaran sejarah, maka akan kita dapati cerita-cerita tentang kehebatan generasi awal Islam. Mereka adalah para sahabat Rasulullah saw serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik... Pastinya kita akan memperolehi buah-buah yang manis dari rasa cinta dan ketaatan yang dilakukan oleh mereka terhadap Rasulullah saw...
Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa ketika orang-orang kafir musyrikin membawa keluar Zaid bin Datsnah ra dari tanah haram untuk dibunuh dengan cara direjam dengan batu hingga mati dan diletakkan di bawah terik matahari bersama dengan Khubaib bin Adi al-Ansori. Kedua-duanya saling mewasiati tentang kesabaran dan tsabat terhadap siksaan serta kesukaran yang dihadapi. Kemudian Abu Sufyan -pada masa itu dia masih musyrik- berkata kepada Zaid: "Aku bertanyamu dengan bersumpah, demi Allah wahai Zaid... Apakah engkau suka apabila Muhammad sekarang berada di tempatmu untuk dipotong lehernya, sedangkan engkau aman di tengah keluargamu?" Maka Zaid menjawab: "Demi Allah! Aku tidak rela Muhammad saw sekarang sedang memijak duri sedangkan aku duduk bersenang linang di tengah keluargaku." Lantas Abu Sufyan berkata: "ما رأيت أحدا يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا"

Menyerahkan rasa cinta kepada Rasulullah saw kerana dia adalah orang yang paling berhak mendapat cinta dan kesetiaan
Nabi Muhammad saw merupakan orang yang paling berhak mendapatkan cinta dan kesetiaan kerana baginda adalah manusia yang sempurna yang terpelihara dari kesalahan dan suci dari perbuatan dosa.
Ketaatan kepada Rasulullah saw merupakan ketaatan kepada Allah swt.
Kerana Sunnah Rasulullah saw menduduki tingkatan kedua dalam dasar hukum Islam selepas al-Quran.
Kerana Rasulullah saw adalah 'qudwah hasanah' bagi orang-orang beriman.
Kerana baginda saw telah melaksanakan amanah risalah dengan sempurna, memberi nasihat untuk seluruh ummah, telah berjihad di jalan Allah swt dengan jihad yang benar.... sehingga Islam tegak di Jazirah Arab sebagai Daulah Islam...
Baginda saw berhak mendapatkan cinta dan kesetiaan kerana baginda adalah penerang yang memberi cahaya kepada seluruh alam semesta dengan izin Allah swt, baginda adalah pencetus kasih sayang Allah yang memberikan petunjuk kepada manusia... Maha Benar firman Allah swt yang telah disampaikan dalam salah satu ayatNya:
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah swt dan hari akhirat dan dia banyak mengingati Allah swt (berzikir)." (Surah al-Ahzab ayat: 21)
** Surah al-Ahzab ayat: 45-46, Surah al-Anbiya' ayat: 107, Surah al-Qalam ayat: 4, Surah Ali Imran ayat: 31 dan Surah an-Nisa' ayat: 65
Cukuplah itu semua menjadikan Rasulullah saw sebagai manusia termulia, terhormat dan terunggul, sentiasa berada dalam kebaikan.... Sesungguhnya Allah swt telah mengangkat darjat baginda saw di alam semesta. Allah swt menjadikan Rasulullah saw sebagai pemimpin seluruh generasi manusia dan baginda saw telah dimuliakan Allah swt di atas seluruh manusia....
Semoga kasih sayang Allah swt terlimpah kepada Al-Bushiri ketika beliau berkata:
Sesungguhnya kemuliaan Rasulullah saw tidak terbatas,
Tidak ada orang yang mampu menggambarkan kemuliaannya,
Puncak ilmu manusia hanya mengatakan baginda saw adalah manusia biasa,
Sesungguhnya Rasulullah saw adalah sebaik-baik makhluk yang Allah swt ciptakan...
Berbagai hal yang dapat dirasakan oleh lautan cinta dan kebahagiaan yang indah bersama Rasulullah saw
Apabila kita perhatikan setiap lembaran sejarah, maka akan kita dapati cerita-cerita tentang kehebatan generasi awal Islam. Mereka adalah para sahabat Rasulullah saw serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik... Pastinya kita akan memperolehi buah-buah yang manis dari rasa cinta dan ketaatan yang dilakukan oleh mereka terhadap Rasulullah saw...
Pastinya kita dapat melihat bagaimana para sahabat mencium bau wangian hasil cinta kasih kepada Rasulullah saw dan bagaimana mereka merasai nikmat serta lazatnya iman.....
Ada sebuah kisah yang cukup terkenal menyebutkan bahawa seorang pemuda bernama Junaid; dia dikenali sebagai seorang yang luas ilmunya dan kuat beribadat. Ketika dia merasakan dalam jiwanya kenikmatan dan kelazatan ibadat serta ketaatan, beliau lantas berkata dengan penuh kegembiraan, "Seandainya para raja mengetahui nikmat yang kami rasai pastilah mereka akan menghentam kami dengan pedang untuk merebut nikmat tersebut." Seolah-olah beliau ingin mengatakan, "Sesungguhnya para raja di dunia ini meskipun mereka merasai nikmatnya kekuasaan dan kerajaan, mereka belum pernah merasai nikmat hakiki yang diraih oleh orang-orang yang dicintai Allah swt ketika mereka sedang bermunajat kepada-Nya secara suci dan lurus serta ibadat mereka yang khusyuk."
Bacalah kisah Tsauban maula Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baghawi bahawa beliau sangat mencintai Rasulullah saw. Sehingga suatu hari dia datang kepada Rasulullah saw sedang raut wajahnya berubah. Maka Rasulullah saw lantas bertanya kepadanya: "Apa yang membuatmu kelihatan berubah?" Maka Tsauban menjawab: "Wahai Rasulullah saw ! aku tidak mengalami apa-apa penyakit atau terluka, ini disebabkan apabila aku tidak melihatmu aku merasakan diriku mengalami kekeringan yang amat sangat (dan ia tidak akan hilang) sehingga aku dapat bertemu denganmu. Kemudian setelah melihatmu maka aku teringat negeri akhirat dan aku merasa takut apabila kelak tidak melihatmu, kerana darjatmu diangkat bersama para nabi2. Sedang diriku apabila aku masuk syurga maka kedudukanku berada di bawah kedudukanmu, sedangkan apabila aku tidak masuk syurga, maka aku tidak akan pernah melihatmu selamanya." Maka turunlah ayat Allah swt dari surah an-Nisa' ayat 69 bermaksud:
"Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat dari Allah terdiri daripada para nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang solih. Dan mereka itulah teman yang paling baik."
Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa ketika orang-orang kafir musyrikin membawa keluar Zaid bin Datsnah ra dari tanah haram untuk dibunuh dengan cara direjam dengan batu hingga mati dan diletakkan di bawah terik matahari bersama dengan Khubaib bin Adi al-Ansori. Kedua-duanya saling mewasiati tentang kesabaran dan tsabat terhadap siksaan serta kesukaran yang dihadapi. Kemudian Abu Sufyan -pada masa itu dia masih musyrik- berkata kepada Zaid: "Aku bertanyamu dengan bersumpah, demi Allah wahai Zaid... Apakah engkau suka apabila Muhammad sekarang berada di tempatmu untuk dipotong lehernya, sedangkan engkau aman di tengah keluargamu?" Maka Zaid menjawab: "Demi Allah! Aku tidak rela Muhammad saw sekarang sedang memijak duri sedangkan aku duduk bersenang linang di tengah keluargaku." Lantas Abu Sufyan berkata: "ما رأيت أحدا يحب أحدا كحب أصحاب محمد محمدا"
"Aku tidak pernah melihat seorang yang mengasihi seorang yang lain seperti kasihnya sahabat Muhammad kepada Muhammad."
Al-Hafizh ar-Zarqani berkata... 'Dan disebutkan dalam satu riwayat yang lain... Sesungguhnya mereka bertanya kepada Khubaib sambil bersumpah dengan nama Allah swt, lalu Khubaib menjawab: "Demi Allah! Aku sekali-kali tidak suka apabila Rasulullah saw menjadi tebusanku meskipun itu hanya sebatang duri yang mencucuk di kaki baginda saw."
Zaid dan Khubaib radiallahu 'anhuma lebih memilih mati dari membiarkan Rasulullah saw tertimpa musibah sekalipun ia hanya kecederaan yang kecil.
Al-Baihaqi dan Ibnu Ishaq meriwayatkan... Sesungguhnya Nusaibah binti Ka'ab Al-Ansori ra ketika bapanya, bapa saudara dan suaminya terbunuh sebagai syuhada' dalam perang Uhud, ketika mendapat berita kematian mereka beliau berkata: "Apa yang sedang berlaku kepada Rasulullah saw?" Yang dimaksudkan ialah tentang tentang keselamatan Rasulullah saw. Maka para sahabat berkata: "Segala puji bagi Allah, sesungguhnya baginda berada dalam keadaan selamat insyallah sebagaimana yang engkau inginkan." Maka Nusaibah berkata: "Perlihatkan baginda kepadaku hingga aku dapat melihatnya." Demi dilihat Rasulullah saw, maka Nusaibah berkata: "Semua musibah yang menimpa diriku -kematian 3 orang yang dikasihi- setelah dirimu adalah kecil wahai Rasulullah saw!" .....
Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanad jayyid daripada Bilal bin Rabah ra ketika beliau tinggal di daerah Badariya -nama tempat dekat Syam- dia bermimpi melihat Nabi saw setelah wafatnya baginda. Dalam mimpi itu Rasulullah saw berkata kepada Bilal: "Betapa keringnya keadaan wahai Bilal? Maukah engkau sekarang datang mengunjungiku?" Maka Bilal bangun dalam keadaan sedih dan takut. Maka dia segera mengenderai kuda dan pergi menuju ke Madinah. Kemudian dia segera menuju ke maqam Nabi saw dan menangis sambil bercucuran air matanya.
Kemudian Bilal pergi menemui Hasan dan Husain ra. Maka Bilal segera memeluk dan mencium mereka berdua. Berkatalah Hasan dan Husain kepada Bilal: "Kami sangat rindu ingin mendengar kembali azanmu yang pernah engkau kumandangkan dahulu semasa hayat Rasulullah saw di masjid." Maka di atas masjid tempat yang dahulu pernah digunakannya untuk mengumandangkan azan, Bilal berdiri. Tatkala Bilal meneriakkan azan Allahu Akbar Allahu Akbar, bergoncanglah kota Madinah. Ketika Bilal mengucapkan asyhadu alla ilaha illallahu, maka Kota Madinah semakin hiruk pikuk. Dan ketika sampai kepada lafaz asyhadu anna Muhammadar Rasulullahmaka keluarlah kaum wanita dari lorong-lorong di Madinah seraya berteriak dan berkata: "Mungkinkan Rasulullah saw kembali dibangkitkan dari kuburnya?"
Dan hari itu menyaksikan kaum lelaki dan wanita paling ramai keluar menangis kerana rindu dan cinta kepada Rasulullah saw....